• 10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 4: Membuat Bayaran Kepada Ejen HARAM (Tidak Berdaftar)

    Posted on October 20th, 2008 M.Burhanuddin 6 comments

    Ejen Haram = Ejen Tak Berlesen = Tak Berdaftar Dengan Agensi Hartanah Berlesen

    Siapa yang mengawal aktiviti Ejen Hartanah? -  sepertimana Lawyer ada BAR Council, Ejen hartanah dikawal oleh LPPEH atau Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia. LPPEH yang akan memastikan setiap ejen hartanah mematuhi etika dan peraturan.

    Macamana Nak Kenal Ejen Hartanah Berdaftar?

    1. Check di http://www.lppeh.gov.my.
    2. Ada VE atau E number (cth VE0123 atau E0928) pada syarikat.
    3. Minta la business card dari ejen. Cara paling mudah. huh!

    Kepada Siapa Booking Boleh dibayar?

    Agensi Hartanah yang diberi lesen. Cheque atau Bank Draft dibayar kepada Syarikat. Bukan kepada nama Property Negotiator yang berdaftar dengan agensi. ‘MKS Realty‘ dan bukannya ‘Mohd Burhanuddin Othman‘ saya la tu. hehe. Bayar dengan cara Cheque atau Bank Draft lebih selamat dari bayar cara cash. Oh ye! jangan lupa dapatkan resit rasmi.

    Kalau ada agen hartanah yang tidak berdaftar dan mengambil duit booking, boleh di dakwa di mahkamah. Sudah ada kes-kes pendakwaan yang berjalan dan sudah selesai sekarang ni.

     

    6 responses to “10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 4: Membuat Bayaran Kepada Ejen HARAM (Tidak Berdaftar)” RSS icon

    • Bila saya check dalam website The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia, ada banyak juga nama negotiator yang tidak disenaraikan, termasuk jugalah negotiator dari MKS Realty. Tetapi saya bukanlah nak mempertikaikan kesahihan MKS Realty, cuma saya tak berapa pasti bagaimana Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia (Board) update sistem mereka. Agak mudah untuk menjadi negotiator menyebabkan terlalu ramai negotiator dan mungkin sebab tu lah principal sendiri yang tak update Board, Board pun tak update website mereka. Tak macam lawyer, bukan senang nak jadi lawyer, so Bar Council lebih senang update lawyer yang benar-benar practice. Apapun, tahniah atas usaha anda yang pastinya akan menggalakkan lebih ramai melayu menceburi bidang hartanah sama ada sebagai agent, atau buat investment. Kalau perlu khidmat nasihat guaman, bolehlah menghubungi saya… he..he..he……

    • FYI, all of our agent are registered with board. Plz check carefully.

    • Boleh jadi agen hartanah (freelance) tak? Kalau bekerja dengan syarikat, tak nakla. Kalau boleh, nak dapat kat mana info nak jadi agen hartanah berdaftar?

    • Boleh. Sila daftar di website kami. Biasanya kami adakan sessi taklimat utk pengambilan agent baru pada setiap hari rabu pukul 2.30 petang di HQ Bangi. sila buat pendaftaran. http://www.mksrealty.com.my/page-career+%7C+job+vacancies+%7C+business+opportunity+-5.html

    • bagaimana ingin membeli rumah tanpa membayar deposit?

    • TQ. it helps a lot

    Leave a reply