• 10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 3: Tidak Teliti dan Patuh Pada Terma Dalam Letter Offer To Purchase.

    Posted on October 20th, 2008 M.Burhanuddin 1 comment

    Satu pengalaman saya berkenaan perkara ini, saya menjual rumah teres di seksyen 3.

    Dalam kes ini, pembeli enggan untuk sign sales and purchase agreement setelah booking dibayar dan LOF ditandatangani sehingga hampir dua bulan walaupun saya mendesak banyak kali. Alasannya ialah dia ingin dapatkan dulu Balance Statement hutang owner.

    Kenapa pembeli minta? sebab bimbang sekiranya Harga jualan rendah dari jumlah hutang yang masih tertunggak. (Saya akan terang perkara ini lain kali insyaAllah)

    Adakah pembeli berhak meminta perkara ini? Pembeli sememangnya ada hak, tetapi penjual juga berhak untuk tak bagi maklumat ini. Kalaupun nak dapatkan juga, cubalah minta sebelum bayar booking.

    Pertamanya, perkara ini tidak ada disebut didalam Letter of Offer to Purchase (LOF).

    Keduanya, Pembeli dikehendaki sign Sales and Purchase (S&P) dalam masa 14 hari dari tarikh LOF di tandatangani oleh Penjual dan Dokumen Lengkap diterima.

    Ketiga, Lawyer akan memohon redemtion statement secara rasmi dari bank owner untuk mengetahui baki pinjaman owner.

    So, nyata disini pembeli tersilap dan lebih malang lagi pembeli tadi pula yang menasihati peguamnya :).

    Owner ambil keputusan untuk tarik diri kerana pembeli enggan sign s&p dalam tempoh ditetapkan (14 hari) dan duit booking di’hangus’kan dengan keputusan penjual tadi kerana pembeli melanggar term yang ada dalam LOF.

    Kesimpulan dari senario ini ialah pembeli sepatutnya meneliti sebaiknya kandungan Letter of Offer to Purchase yang disetujui kedua-dua pihak kerana apa sahaja yang berlaku sebelum Perjanjian jual beli ditandatangani akan merujuk LOF ini.

    Bersambung Bahagian 4: Membuat Bayaran Kepada Ejen HARAM (Tidak Berdaftar).

     

    One response to “10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 3: Tidak Teliti dan Patuh Pada Terma Dalam Letter Offer To Purchase.” RSS icon

    Leave a reply