-
10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 2: Tidak Check Sendiri Harga Pasaran Semasa
Posted on October 18th, 2008 No commentsOleh M.Burhanuddin (hartanah2u.com)
Masalah biasanya berlaku bila penjual meletakkan harga sesuka hati. Kalau boleh setinggi yang mungkin.
Pengalaman saya ada penjual yang sebut “Ahh! Market Value ni tak leh kira sangat. Kita dengar dulu loyar buruk dia dulu”. Kita agen ni dianggap ‘Loyar Buruk’ je. Masa tuh saya dah check dengan valuer. Harga semasa sekitar 1mil sahaja. Tetapi penjual nakkan harga 2.5mil.
Biasanya pembeli yang kene trap ni pembeli yang ghairah sangat nak beli hartanah tersebut.
Saya sebagai agen biasanya akan guide penjual berdasarkan kemudahan dan teknik yang kita ada untuk check market value. Selain tu kita juga biasanya akan minta panduan dari valuer berkenaan harga pasaran ni.
Macamana Nak Check Market Value
Boleh check ngan Valuer sendiri. senarai valuer boleh tengok sini (www.lppeh.gov.my). Call je mana-mana valuer dan tanya harga pasaran hartanah yang nak dibeli.
Biasanya valuer ngan berbesar hati akan tolong check kan market value ni.
Tapi kene pilih jugak valuer yang ‘biasa’ dengan kawasan lokasi hartanah tersebut. Valuer ni pun tak la bagus sangat nak ingat dan mahir harga pasaran seluruh malaysia ni.
Selain tuh tanya bank-bank yang berdekatan dengan hartanah yang nak dibeli tu. Atau minta diorang yang cadangkan valuer yang jadi panel dan boleh dihubungi. Lagi senang.
Tanya saya pon boleh. hehe. Tapi kene tanya area yang saya berkhidmat la. Kami (agen) pun ada tools berkenaan dengan harga pasaran ni.
Valuer ni plak pelbagai. Pengalaman saya jual rumah di seksyen 8 bangi. Saya sendiri dah check harga pasaran RM230k. Tapi bila pembeli submit loan, ada valuer yang bagi harga 180k. Mengarut Betul!.
Sedangkan saya sendiri dah jual rumah di seksyen 8 ni beberapa unit. Dan harga yang ditawarkan oleh tuan rumah berdasarkan harga pasaran. Akhirnya, Pembeli dapat pinjaman berdasarkan harga 230k. Dan valuer yang buat penilaian memang dah banyak pengalaman buat valuation report di bangi ni.
Kesimpulannya cuba check dengan banyak valuer dan pastikan valuer tu ada pengalaman dan mahir dikawasan lokasi hartanah yang nak dibeli.
Apa Risiko Beli Hartanah Yang ‘Over Price’?
Kesannya Pembeli kene stand by deposit lebih besar dari 10%. Biasanya bank akan sediakan pinjaman berdasarkan “HARGA PASARAN” dan bukannya “HARGA JUALAN”.
Cthnya:
HARGA JUALAN = RM250k
HARGA PASARAN = RM230k
PINJAMAN (90%) = 90% x RM230k = 207k
Deposit = RM43k (Sepatutnya bayar 10% je iaitu RM25k je)
elehh! senang je ni.
Bersambung Bahagian 3: Tidak Teliti dan Patuh Pada Terma Dalam Letter Offer To Purchase.
Leave a reply


