• 10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 1: Tidak Check Pinjaman Terlebih Dahulu

    Posted on October 18th, 2008 M.Burhanuddin 1 comment

    Oleh M.Burhanuddin (hartanah2u.com)

    Sepanjang kareer saya sebagai agen hartanah, saya telah berpeluang untuk berdepan dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah. Pada pandangan saya kesilapan berikut perlu dielakkan oleh pembeli rumah sebelum membuat keputusan membayar booking atau earnest deposit.

    KESILAPAN PERTAMA: Tidak terlebih dulu memeriksa dengan Bank Kelayakan pinjaman dan Kadar pinjaman.

    Masalah yang biasa timbul ialah ada pembeli yang mempunyai rekod bayaran pinjaman yang tidak baik disebabkan bayaran installment yang ’sangkut-sangkut’, atau blacklist disebabkan oleh masalah card credit, menjadi penjamin kepada peminjam yang bermasalah.

    Macaman nak check?

    Anda boleh dapatkan pre-approvel dari bank atau berjumpa dengan mana-mana pegawai bank yang menguruskan pinjaman perumahan. Biasanya permohonan pinjaman tak akan diproses lagi selagi pembeli belum membayar apa-apa deposit (mungkin ada). Tetapi bank akan temuduga pembeli juga untuk dapatkan maklumat berkenaan gaji, komitmen pinjaman lain, masalah sebagai Penjamin dsbgnya. Bank akan tentukan samada layak atau tak berdasarkan maklumat yang diberi oleh pembeli diperingkat ni.

    Boleh ke check CTOS dan CCRIS?

    Kalau ikut pengalaman saya bertanya dengan banker,  diorang takkan check CTOS & CCRIS kalau pembeli bertanya tanpa membuat permohonan pinjaman yang lengkap (nak mohon kene ada resit bayaran deposit atau Letter Offer to Purchase).

    Kalau Ada Masalah ‘Sangkut-sangkut Bayar Hutang’ macamana?

    Anda boleh cuba MBSB. Dengar khabar dari kawan-kawan bank yang lain, MBSB tak terlalu strict berkenaan CTOS ni. Permohonan lebih mudah. Tapi cumanya mungkin interest rate dia tinggi sikit.

    Boleh dapat balik ke booking kalau loan tak lulus?

    Tak boleh. Loan tak approve dianggap kesilapan dipihak pembeli. Pembeli sepatutnya check terlebih dulu sebelum membuat bayaran booking.

    Bersambung di Bahagian Dua: Tidak Check Harga Pasaran Semasa Hartanah. Tungguuuu.

     

    One response to “10 Kesilapan Besar Pembeli Rumah - Bhgn 1: Tidak Check Pinjaman Terlebih Dahulu” RSS icon

    Leave a reply