-
Soalan: Kalau jual rumah tak kena cukai ke?
Posted on February 16th, 2009 1 commentSaya baru ditanya oleh pelanggan saya samada dia dikenakan cukai ke tak kalau jual rumah?
Jawapannya Tidak.
Sebelum ni cukai yang dikenakan dipanggil Real Property Gain Tax atau RPGT yang dikenakan kepada penjual hartanah kurang dari 5 tahun (Individu) atau 6 tahun (Syarikat) dari tarikh hartanah tersebut dibeli.
Cukai ini dihapuskan oleh kerajaan pada April 2007 untuk merangsang sektor hartanah. Oleh kerana itu tak perlulah saya terangkan disini cara mengiranya.
So kalau Jual Hartanah walaupun baru je beli tak dikenakan RPGT.
Harap para pembaca dapat mengambil manfaat.
Wallahua’lam
Mohd Burhanuddin Othman
www.hartanah2u.comLeave a reply


