• Apa Ejen Hartanah Buat?

    Posted on February 14th, 2009 M.Burhanuddin No comments

    Saya baru ditanya oleh seorang owner yang ingin menjual rumah di Bangi, sebagai ejen hartanah, apa yang kami lakukan?

    1. Kami merupakan ‘consultant’ bagi kedua-dua pihak penjual dan pembeli.
    2. Memberi nasihat kepada pelangan kami berkenaan prosedur yang perlu dipatuh, pinjaman yang sesuai, masalah-masalah yang biasa berlaku khususnya kes-kes tertentu yang jarang diketahui oleh penjual.
    3. Memberikan maklumat penyelesaian yang sesuai bagi rumah-rumah yang bermasalah dari segi hak milik, kes pusaka, pemilikan ramai dan macam-macam lagi.
    4. Kami menjalankan aktiviti marketing melalui kaedah-kaedah yang sesuai untuk rumah-rumah tertentu. Ini merupakan kepakaran kami yang paling penting.
    5. Kami diberi lesen untuk memegang duit booking sebagai Pemegang Amanah bagi menjamin ketelusan dan mengurangkan kerugian di pihak pembeli dan penjual.
    6. Kami menasihati pelanggan kami berkenaan harga pasaran semasa dan harga yang sesuai untuk hartanah yang hendak dijual.
    7. Kami menasihati pelanggan kami berkenaan persediaan yang perlu dilakukan oleh penjual terhadap hartanah yang hendak dijual.
    8. Membawa pembeli untuk melihat hartanah yang hendak dijual.
    9. Banyak lagi. Nanti saya update. Skang ni ada kerje skit.

    Wallahua’lam

    Leave a reply