-
CCRIS
Posted on November 7th, 2008 No commentsBeberapa soalan berkenaan CCRIS.
CCRIS tuh Apa?
CCRIS sistem yang dikelolakan oleh Bank Negara untuk mengumpul maklumat hutang dari Institusi Perbankan dan menyalurkan kembali maklumat tersebut kepada bank. Bank akan gunakan maklumat ini untuk memproses permohonan pinjaman.
Apa Maklumat CCRIS yang ada?
CCRIS menyimpan maklumat berkaitan liabiliti semasa pelanggan bank yang terbit dari kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pihak bank.
Macamana nak check CCRIS?
Pergi Bank Negara. Boleh check secara percuma. Kalau anda berada jauh dari lembah Klang, anda boleh menghubungi Bank Negara dan dapatkan secara Pos.
Berapa Lama Tempoh Rekod yang ada pada CCRIS?
Berdasarkan taklimat oleh kawan-kawan dari bank, rekod yang disimpan hanyalah 10 ke 12 bulan terakhir sahaja. Maksudnya, kalau kita sangkut-sangkut bayar hutang sebelum setahun terakhir, CCRIS dah tak menyimpan rekod tu lagi.
Wallahua’lam.
Leave a reply


